Open top menu
Sunday 11 October 2015

RESEPI DAGING BLACK PAPER

Resepi kegemaran saya!! saya sangat suka masak berasaskan black paper ni. Salah satu sebab lada hitam dapat mngeluarkan angin dalam badan. Lagi satu sebab, resepi ni sangat2 simple dan agak tradisional sbb saya pakai lesung batu je ;-) 


lesung batu ni mak mertua hadiahkan masa awal2 kawin dulu masa pindah rumah sendiri. Masih berguna lagi lesung ni :-)


Nak masak black paper ni boleh pakai ayam, daging, sotong, udang atau ketam. Jom saya share resepi mudah dan simple ni.

5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
20 biji lada hitam
2 batang lada kecik
setengah kilo daging
sedikit kicap (Jika mahu)
Sos tiram

Bahan Tambahan
sebiji tomato (potong 6)
Lada besar
Bawang Besar
Kacang panjang (jika mahu add on sayur)


Cara masak :

Sediakan lesung batu untuk menumbuk. masukkan sedikit garam dan lada hitam untuk menumbuk supaya lada hitam tidak berterabur. setelah agak lumat masukkan bawang putih dan merah. tumbuk lada kecik tetapi tak perlu lumat.

Panaskan minyak atas kuali dan masukkan bahan tumbuk tadi. setelah agak garing, masukkan daging. masukkan sedikit air dan biarkan sehingga empuk. Daging potong nipis2 supaya mudah empuk. Setelah air agak kering masukkan gula, garam, sos tiram dan sidikit kicap. Masukkan kacang panajng jika mahu add on sayur. Masukkan bawang besar, tomato dan lada besar sebagai hiasan. Tutup api dan sedia untuk di makan bersama nasi panas2. Wah sedap hingga bertambah2.. 




Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

0 comments

Popular Posts