Open top menu
Sunday 24 January 2016


Sangat sukar pada mulanya untuk membuat keputusan, antara teruskan dengan apa yang ada "bekerja + part time business" atau berhenti kerja+full time business. Siang malam saya berdoa pada Allah, istikhoroh pada malamnya, agar di beri petunjuk dan keputusan yang bakal dibuat merupakan satu keputusan yang tepat dan betul. Akhirnya, hati telah nekad, kata putus di ambil, bukan atas faktor-faktor apa pun, namun yang menjadi keutamaan adalah anak-anak yang masih kecil yang semakin meningkat usia. Mereka adalah harta kami, bekalan kami di akhirat nanti (antara 3 perkara yang ditinggalkan selepas kematian iaitu anak yang soleh). Bukan mudah ntuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Ianya bermula dari "IBUBAPA". Bak kata orang, anak-anak ni umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka. Sangat pentingkan "masa kita" bersama anak2. Lagi2 di zaman yang serba moden ini. Selain itu, yang menjadi faktor utama juga, ialah berusaha menjadi lebih baik dalam semua aspek. Doa saya agar Allah beri kami kebebasan dari segi kewangan dan masa bersama keluarga dan beribadah.

Selain itu, kata-kata ini penyuntik semangat saya "Berniagalah sekalipun kamu sudah kaya"..kata-kata Asy-syahid Al-Banna (pengasas Ikwanul Mislimin Mesir). Apa maksud kata-kata ini? Setelah saya amati dan saya kaji, saya dapat rasakan kenapa pentingnya kita berniaga. Saya tidak mengatakan makan gaji itu salah. Ia bergantung kepada individu macammana nak pastikan rezeki dari makan gaji itu 100% berkat. Mungkin ada yang mengatakan berniaga pun kadang-kadang tak berkat, kadang ambil untung lebih. Sama je situasi dengan orang makan gaji, bergantung pada individu itu sendiri jugak.


Teringat kata-kata ustaz Don Daniyal di Motivasi pagi IKIM FM. Kita terpaksa jadi KAYA, sebab dengan kaya sahaja kita dapat bayar zakat, bersedekah dengan banyak. Sedekah juga adalah satu "tabung simpanan tetap" di mana tabung simpanan ini akan kita gunakan ketika tiba di akhirat kelak. Walaupun hanya 5-10 minit slot Motivasi pagi bersama ustaz DON, ia sangat memberi impact yang mendalam. 

Berbalik pada kata-kata tadi, kenapa penting sangat 'berniaga'? Orang bisnes lebih 'bebas" dari kongkongan hidup sebagaimana orang biasa. Mereka berhak tentukan pendapatan mereka (base on GOAL/target yang mereka nak capai) tanpa perlu menunggu tempoh gaji/bonus sepanjang tahun. Bila saya amati, bila kita kerja makan gaji, kita akan rasakan yang kita berada di "Zon selesa" iaitu rutin setiap hari melakukan kerja yang sama, hujung bulan dapat gaji yang sebenarnya kita tak berapa selesa pun. Belum sampai beberapa hari, duit gaji dah '0'. Berbeza jika kita berniaga, pendapatan kita bergantung pada usaha kita. Dan kebergantungan kita kepada "ALLAH SWT" menjadi semakin kuat. Bila kita berada di Zon Selesa, kadang-kadang kebergantungan kepada ALLAH itu menjadi kurang. Betul tak? (bergantung pada individu itu sendiri juga).


Apa yang membezakan antara bekerja dengan berniaga? (Base on pengalaman saya, kajian dan bacaan)

  • Orang yang bekerja mudah dapat loan dari bank sedangkan orang bisnes perlu lebih teliti tentang kewangan, dan minimumkan liabiliti Kerana bank sukar luluskan loan.
  • Simpanan tak banyakla bagi sesetengah orang yang bekerja sebab hari esok dirasakan dah terjamin, sedangkan orang bisnes perlu bijak atur kewangan dan simpan sebab hari esok rezekinya belum tentu.
  • Kenaikan pendapatan 5% – 10% setahun itu normal bagi orang yang bekerja sedangkan bagi orang bisnes, kenaikan 100% – 200% setahun barulah dikira normal.
  • Cuti yang pendek dan terhad itu normal bagi orang yang bekerja sedangkan orang bisnes boleh pilih tentukan sendiri bila masa dia nak cuti tanpa kebenaran pihak ketiga.
  • Setiap pagi kedua-dua suami isteri hantar anak-anak yang masih mengantuk ke nuseri untuk pergi kerja, balik kerja waktu maghrib baru kutip anak-anak balik rumah, masa anak dah layu untuk tidur malam itu dirasakan normal. Sedangkan orang bisnes, dia boleh sesuaikan waktu bisnes mengikut waktu keluarga, bukan sebaliknya.

Antara faktor-faktor inilah yang membuatkan saya membuat keputusan yang akan menukar gaya hidup saya. Don't wait, It's Now or Never!!!. Anak-anak menjadi focus utama saya. Kemudian barulah yang lain-lainnya. 



Teringat lagi kata-kata ustaz Don Daniyal, buat jerr...buat jerrr... tok sah duk pikiq2.. hang pikiq lama2 hang dapat apa?.. buat jer.. usaha..usaha sampai dapat. InsyaAllah rezeki tak kan salah alamat. 



Maaf andai apa yang saya kongsikan ini menyingung mana2 pihak. Saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya bekerja selama berbelas-belas tahun. Berdasarkan apa yang saya rasa dan hasil bacaan serta kajian. Ia mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk ini atas kedhaifan diri saya sendiri. Wallahuaklam..


Jangan lupa ye, jika inginkan supplement shaklee hbungi saya



COD area UTM, Skudai, Pekan nenas, Pontian, Johor Bahru dan berhampiran. Pos laju seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan Brunai.
Tagged
Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

4 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan mendatang... Akak kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..ramai yang memberi sokongan.. terima kasih kerana banyak bantu akak.. :-)

      Delete

Popular Posts