Open top menu
Thursday 28 January 2016
9 AMALAN HEBAT HARI JUMAAT

Betapa hebatnya hari JUmaat kerana merupakan penghulu segala hari dan hari yang besar di sisi Allah.




9 Amalan hebat hari Jumaat



Amalan Pertama : Memotong kuku


Amalan kedua : Membaca surah Al-Imran
Amalan Ketiga : Membaca surah Al Kahfi
Amalan keempat : Mengucapkan selawat kepada Rasulullah 
Amalan kelima : Membaca Yasin
Amalan keenam : Mandi sunat hari Jumaat
Amalan Ketujuh : Solat Jumaat
Amalan Kelapan : Berdoa Bersungguh-sungguh
Amalan kesembilan : Bersedekah

Jom kita berlumba-lumba amalkan amalan-amalan hebat ini. Besar ganjarannya buat kita semua.
Read more
KISAH DOA TERMAKBUL

KISAH DOA TERMAKBUL.


Saya dapat kisah ni dari group whatapp yang sangat menyentuh perasaan saya, jadi saya simpan di dalam blog ini bacaan akan datang.

Jom baca kisah ni...

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK.

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.
MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.
SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA.
DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.
DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.
SI ADIK PULA,
BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA,
DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.
SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,
DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.
DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,
ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,
LANTAS BERKAHWIN.
SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.
DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,
DAN MENINGGALKAN ADIKNYA.
SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.
DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH,
MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH.
KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.
DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.
SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA.
SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH.
DIA MASIH SEORANG SEDERHANA,
DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF,
DIA HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,
TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA.
SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA.
SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA.
TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH.
LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA,
SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK:
“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI.
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN.
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI.
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.”
SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.
SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,
TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA.
SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA,
DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI,
DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH.
TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG.
DITAKDIRKAN,
SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA,
DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.
SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.
KERTAS ITU TERTULIS:
“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU”
MASYAALLAH… KEBESARA ILLAHI.
SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA.
ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT.
ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH,
MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.
TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.
SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK.
SI ABANG MULA TERSEDAR,
RUPANYA,
BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.

Cerita ini meruntun hati saya. Dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat dan impian kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah jadi begini".. "Doa Aku makbul!!" "Aku ni memang Allah sayang, tengok, semua benda Allah bagi, aku minta je pun..." Allahu rabbi.. jauhkanla kita dari sifat bongkak riak macam ni.. semua nya hanya pinjaman..

Tanpa kita sedar, kita bongkak, takabbur, segangkan....kita tidak tahu, yang makbul itu mungkin doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita, bukannya doa kita, bukannya doa-doa kita. Kita tidak tahu, jadi usah takabbur, riak.

Cerita ini mebuatkan saya setiap kali berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibubapa saya, guru-guru saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat saya, sahabat-sahabat karib saya yang teramat akhrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka juga mendoakan saya juga. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak, jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kita lah yang makbul. Pulangkan semuanya pada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Amin...

Read more
Wednesday 27 January 2016
MACAM MANA NAK KURUS? SET KURUS SHAKLEE? COD UTM SKUDAI JOHOR BAHRU

Macam mana nak kurus ye? 

Diet, skip makan, exercise, dan macam-macam dah buat, tapi takkkkk kurus-kurus jugak.. Ramai salah sangka untuk turunkan berat badan adalah dengan 80% senaman dan 20 % diet. Tetapi cara yang betul adalah 80% diet dan 20% senaman. Sebelum anda memulakan diet, anda perlu reset minda anda. Apa faktor yang mendorong anda nak kurus. Jawapan saya adalah untuk kekal sihat dan kemudian barulah nak cantik. Jadi, apa pemakanan yang kita amalkan yang menyebabkan berat badan naik, kita tinggalkan. Ini adalah fresh start. Mulakan diet baru untuk bantu anda turun berat supaya sihat dan cantik.


Tips nak kurus secara sihat adalah dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau supplement. Ini kerana walau pun ketika kita berdiet, segala keperluan vitamin yang diperlukan badan akan mencukupi dengan mengamalkan pengambilan supplement. Oleh itu, saya ingin kongsikan tips dan panduan lengkap cara makan set kurus dan menu harian yang wajib di ikuti untuk menurunkan berat badan. Untuk pengetahuan anda set kurus shaklee terdiri daripada Cinch Shake, cinch Energy Tea Mix, Alfalfa, Herbalex, Lecithin, omega dan ESP. Omega dan ESP lebih sesuai digunakan bagi yang menyusu badan di samping memberi manfaat kepada penyusuan dan IQ baby.

Fungsi asas setiap produck :

Detoks                          - Herbalex & Alfalfa
Singkirkan Lmeak          - lECITHIN DAN oMEGA gUARDS
Healthy Diet                 - Cinch Shake, cinch Energy Tea Mix, ESP

Matlamat menggunakan supplement semulajadi adalah berat badan kita cepat turun secara semulajadi. Iaitu dengan turun berat secara semulajadi yang tidak melibatkan steriod atau bahan kimia yang menyebabkan metabolisma badan naik mendadak seperti sibutramine. Karbohidrat adalah pantang utama jika ingin nampak kesan dengan cepat. Contoh anda nak turun 10 kg dalam masa sebulan, maka jika belum dapat turun 10kg, selagi itu kita pantang karohidrat ye. Ingat makan untuk tenaga bukan untuk nafsu dan selera. Kita visualkan diri kita kepada slim.

Ok, berikut adalah cara makan set kurus shaklee :




Selain daripada mengamalkan makanan tambahan yang kaya dengan vitamins, antara lainnya adalah :

1) Mengira kalori pada setiap makanan yang kita makan.


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori
Wanita mengandung & menyusu: 2000-2500 kalori






2) Minum air masak secukupnya - air yang diperlukan adalah 3 liter (bergantung pada saiz badan)
3) Exercise atau aktiviti yang mengeluarkan peluh
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan komputer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur! 

Testimoni Set kurus shaklee





_____________________________________________________________________________________________

Untuk pertanyaan lanjut hubungi
fareeda Aisyaa
012-9555602

COD : Area Skudai, UTM, Johor Bahru, Pekan Nenas, Pontian, Pasir Gudang, Gelang Patah dan kawasan berhampiran.

Courier : Seluruh negeri semenanjung dan sabah sarawak.





Read more
Sunday 24 January 2016
AKHIRNYA KEPUTUSAN BERHENTI KERJA ITU MUKTAMAD! NOKTAH.


Sangat sukar pada mulanya untuk membuat keputusan, antara teruskan dengan apa yang ada "bekerja + part time business" atau berhenti kerja+full time business. Siang malam saya berdoa pada Allah, istikhoroh pada malamnya, agar di beri petunjuk dan keputusan yang bakal dibuat merupakan satu keputusan yang tepat dan betul. Akhirnya, hati telah nekad, kata putus di ambil, bukan atas faktor-faktor apa pun, namun yang menjadi keutamaan adalah anak-anak yang masih kecil yang semakin meningkat usia. Mereka adalah harta kami, bekalan kami di akhirat nanti (antara 3 perkara yang ditinggalkan selepas kematian iaitu anak yang soleh). Bukan mudah ntuk mendidik anak-anak menjadi soleh dan solehah. Ianya bermula dari "IBUBAPA". Bak kata orang, anak-anak ni umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka. Sangat pentingkan "masa kita" bersama anak2. Lagi2 di zaman yang serba moden ini. Selain itu, yang menjadi faktor utama juga, ialah berusaha menjadi lebih baik dalam semua aspek. Doa saya agar Allah beri kami kebebasan dari segi kewangan dan masa bersama keluarga dan beribadah.

Selain itu, kata-kata ini penyuntik semangat saya "Berniagalah sekalipun kamu sudah kaya"..kata-kata Asy-syahid Al-Banna (pengasas Ikwanul Mislimin Mesir). Apa maksud kata-kata ini? Setelah saya amati dan saya kaji, saya dapat rasakan kenapa pentingnya kita berniaga. Saya tidak mengatakan makan gaji itu salah. Ia bergantung kepada individu macammana nak pastikan rezeki dari makan gaji itu 100% berkat. Mungkin ada yang mengatakan berniaga pun kadang-kadang tak berkat, kadang ambil untung lebih. Sama je situasi dengan orang makan gaji, bergantung pada individu itu sendiri jugak.


Teringat kata-kata ustaz Don Daniyal di Motivasi pagi IKIM FM. Kita terpaksa jadi KAYA, sebab dengan kaya sahaja kita dapat bayar zakat, bersedekah dengan banyak. Sedekah juga adalah satu "tabung simpanan tetap" di mana tabung simpanan ini akan kita gunakan ketika tiba di akhirat kelak. Walaupun hanya 5-10 minit slot Motivasi pagi bersama ustaz DON, ia sangat memberi impact yang mendalam. 

Berbalik pada kata-kata tadi, kenapa penting sangat 'berniaga'? Orang bisnes lebih 'bebas" dari kongkongan hidup sebagaimana orang biasa. Mereka berhak tentukan pendapatan mereka (base on GOAL/target yang mereka nak capai) tanpa perlu menunggu tempoh gaji/bonus sepanjang tahun. Bila saya amati, bila kita kerja makan gaji, kita akan rasakan yang kita berada di "Zon selesa" iaitu rutin setiap hari melakukan kerja yang sama, hujung bulan dapat gaji yang sebenarnya kita tak berapa selesa pun. Belum sampai beberapa hari, duit gaji dah '0'. Berbeza jika kita berniaga, pendapatan kita bergantung pada usaha kita. Dan kebergantungan kita kepada "ALLAH SWT" menjadi semakin kuat. Bila kita berada di Zon Selesa, kadang-kadang kebergantungan kepada ALLAH itu menjadi kurang. Betul tak? (bergantung pada individu itu sendiri juga).


Apa yang membezakan antara bekerja dengan berniaga? (Base on pengalaman saya, kajian dan bacaan)

  • Orang yang bekerja mudah dapat loan dari bank sedangkan orang bisnes perlu lebih teliti tentang kewangan, dan minimumkan liabiliti Kerana bank sukar luluskan loan.
  • Simpanan tak banyakla bagi sesetengah orang yang bekerja sebab hari esok dirasakan dah terjamin, sedangkan orang bisnes perlu bijak atur kewangan dan simpan sebab hari esok rezekinya belum tentu.
  • Kenaikan pendapatan 5% – 10% setahun itu normal bagi orang yang bekerja sedangkan bagi orang bisnes, kenaikan 100% – 200% setahun barulah dikira normal.
  • Cuti yang pendek dan terhad itu normal bagi orang yang bekerja sedangkan orang bisnes boleh pilih tentukan sendiri bila masa dia nak cuti tanpa kebenaran pihak ketiga.
  • Setiap pagi kedua-dua suami isteri hantar anak-anak yang masih mengantuk ke nuseri untuk pergi kerja, balik kerja waktu maghrib baru kutip anak-anak balik rumah, masa anak dah layu untuk tidur malam itu dirasakan normal. Sedangkan orang bisnes, dia boleh sesuaikan waktu bisnes mengikut waktu keluarga, bukan sebaliknya.

Antara faktor-faktor inilah yang membuatkan saya membuat keputusan yang akan menukar gaya hidup saya. Don't wait, It's Now or Never!!!. Anak-anak menjadi focus utama saya. Kemudian barulah yang lain-lainnya. 



Teringat lagi kata-kata ustaz Don Daniyal, buat jerr...buat jerrr... tok sah duk pikiq2.. hang pikiq lama2 hang dapat apa?.. buat jer.. usaha..usaha sampai dapat. InsyaAllah rezeki tak kan salah alamat. 



Maaf andai apa yang saya kongsikan ini menyingung mana2 pihak. Saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya bekerja selama berbelas-belas tahun. Berdasarkan apa yang saya rasa dan hasil bacaan serta kajian. Ia mungkin tak sama bagi sesetengah orang. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk ini atas kedhaifan diri saya sendiri. Wallahuaklam..


Jangan lupa ye, jika inginkan supplement shaklee hbungi saya



COD area UTM, Skudai, Pekan nenas, Pontian, Johor Bahru dan berhampiran. Pos laju seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan Brunai.
Read more
Saturday 16 January 2016
CARA MUDAH BUAT AYAM BBQ-AYAM BBQ MADU

Assalamualaikum WarahMatullahi Wabarakatuh.. 


Selamat berhujung minggu semua. Petang ni saya nak share sikit satu resepi ayam BBQ yang simple tapi sangat sedap. Resepi ni pun saya curi dari adik ipar saya :-)

Siapa yang tak buat ni memang rugi. Kawasan perumahan saya Fasa D Iris Pulai Indah, setiap kali BBQ sahaja mesti permintaan untuk ayam madu ni. Sampaikan ada yang special request nak ayam madu. Ramai yang mintak saya share resepi ni. 


Ok, jom kita lihat RESEPINYA step by step berdasarkan gambar ye.



Ni antara bahan-bahannya




1. Ayam di basuh sampai bersih dan toskan



2. Tumbuk bawang putih sampai lumat (saya tumbuk sahaja) malas nak blend. Kalau seekor ayam dalam 3 biji bawang putih.



3. Gaulkan ayam bersama bawang putih tadi. Gaulkan juga bersama garam, pati ikan bilis, madu, dan gula. Biasa seekor ayam kita perlukan 1/2 kg gula tapi boleh kurangkan. Kalau nak sedap lagi banyakkan madu. Ni nak budget sikit, so tak pakai banyak madu, so kena Extra gula la baru sedap. Tapi kalau manis2 sangat tak baik pulak untuk kesihatan kan. Kang tak pasal-pasal kena order VIVIX dengan saya (Cegah Diabetis). ;-)




4. Gaulkan pula dengan serbuk cili dan sedikit serbuk kari. Untuk seekor ayam boleh pakai se packet serbuk cili yang kecik tu.  Boleh adjust ikut nak pedas atau tak. Kari dalam satu sudu sahaja.




5. Kemudian bolehla di bakar. Api tak perlu besar2 sangat ye. Kecik2 je baru nampak berkilat kemerah2an. Nampak menyelerakan. Makan cam tu je pun sedap tak perlu sos dah.


Selamat Mencuba :-)
Kalau rasa menarik jemput komen di ruangan komen ye. 


Ni anak saya yang ketiga Muhammad Asyraf Rayyan, dalam kesibukan BBQ td, anak2 pun syok main basikal, terlanggar sama sendiri. Alhamdulillah luka tak teruk. Memang dah perhatikan dah waktu dia bermain tu, tapi benda dah nak jadi. Just lebih take care of diaorg je la next time. Memang tak boleh careless sangat. InsyaAllah kita boleh elakkan benda-benda yang tak di ingini. Nasib baik tadi ada bekas misi beri bantuan. :-)



Read more
Wednesday 13 January 2016
DIABETIS TIDAK AKAN MNYEBABKAN KEMATIAN, TAPI PESAKIT KENCING MANIS AKAN MATI DISEBABKAN KOMPILASINYA.




Penyakit kencing manis adalah sejenis penyakit yang kronik yang serius. Sebanyak 3.6 juta rakyat Malaysia menghadapi diabetis. 15% atau 1/4 dari rakyat Malaysia menghidap kencing manis.


Graf di bawah menunjukkan survey tentang kes diabetis di malaysia atas golongan yang berumur 30 tahun ke atas. Boleh perhatikan graf meningkat dari 14.9% pada tahun 2006  ke 20.8% dalam jangka masa 10 tahun meningkat sebanyak 40%. Di seluruh dunia diabetis ini meragut 4,000,000 nyawa dalam masa setahun bersamaan 1 nyawa /8 saat sahaja.




APA ITU KENCING MANIS??

Makanan yang kita makan seperti Roti, nasi, behun, mie dimana makanan ini digelar sebagai kumpulan karbohidrat. Makanan ini akan dicernakan dan akan ditukarkan dalam bentuk glukos iaitu sejenis gula. Badan kita perlukan insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh penkres.  Dan insulin akan menukarkan gula dalam darah kepada energy. 

APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN KENCING MANIS?

1) Berat badan yang berlebihan/Obersiti. Malayisa mempunyai populasi yang paling gemuk diantara negara asia yg lain. Malaysia mempunyai populasi yang paling gemuk iaitu 44.2%.
2) Pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kencing manis cth : makanan yang manis
3) Penuaan/Ageing
4) Gaya hidup yang tidak aktif/kurang exercise. Orang Malaysia kebanyakan nya mengamalkn sidentery life style iaitu duduk sahaja di depan komputer.

Ramai orang yang tidak tahu bahawa penyakit kencing manis ini tidak akan mati disebabkan oleh paras gula yang tinggi tetapi merekan akan mati disebabkan oleh komplikasinya iaitu seperti sakit buah pinggang, buta mata, serangan jantung, kaki diabetis. 

Kencing manis boleh di cegah bermula dengan  gaya hidup. 
  • sekiranya paras gula anda tnggi, maka anda perlu sentiasa monitor paras gula dan kolestrol dalam badan anda. Sebab bila tekanan gula tinggi, tekanan darah dan kolestrol akan menjadi tinggi sebab tekanan darah semakin pekat.
  • Manage your weight dan BMI. Monitor berat badan kita. Berat badan berlebihan risiko semakin tinggi. Doktor suggest dalam seminggu 5 kali exercise. Exercise dapat kuragkan risiko kencing manis.
  • Amalkan makanan yang sihat. Seperti kurang berminyak, tinggi fiber spt buah-buahan dan sayuran.
SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SESUAI UNTUK MEMBANTU ANDA MENGAWAL/MENCEGAH KENCING MANIS.

1) Pilihla makanan yang rendah Glisemik Index untuk mengawal gula dalam darah anda. Makanan yang tinggi GI iaitu potato, white bread. Mkanan yg rendah GI pula adalah sayur-sayuran, roti gandum, orange, apel dan kacang soya. Kacang soya adalah salah satu makanan yg mmpunya GI yg rendah di mana dapat membantu memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah anda. 

Di Shaklee kita mempunyai ESP (Enegizing soy protein) iaitu sumber dari kacang soya dimana ESP dpt membantu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih sihat dan dapat membekal tenaga lebih berpanjangan. GI nya hanyalah 39 sahaja berbanding makanan yg lain spt nasi. Oleh itu anda tidak akan rasa cepat letih jika amalkan ESP berbanding nasi. Esp akan melepaskan gula dalam darah secara slow & steady.

ESP sangat-sangat sesuai bagi mereka yg mengidap kencing manis.




2) Amalkan minyak ikan omega 3. Bagi pesakit kencing manis, tekanan darah dan kolestrol akan naik berturut-turut. seterusnya meingkatkan serangan jantung. Dengan pengambilan minyak ikan dapat membantu lemak dalam darah anda dan mngekalkan kesihatan jantng anda.

Shaklee memperkenalkan OMEGA GUARD di mana mempunya 2 keistimewaan berbeza dari omega yg lain di pasaran iaitu ketulenan yang tinggi dan Hypotensi.



3) Vitalea- Multivitamin yang mengandungi 18 mg zat besi. Vitalea yg diambil setiap hari akan larut dalam badan dengan lebih cepat

4) Vivix - Kaya dengan Polifenol tumbuhan dapat membantutkan pertumhan AGE protein (penuaan). Dengan 1 sudu kecik vivix anda akan dapat khasiat 15 jenis polifenol dan resvetrol.


Bagi pengidap deabetis atau bagi yang ingin mencegahnya, bolehla hubungi saya untuk mendapatkan khidmat rundingan percuma. CEGAH SEBELUM PARAH. Kalau dah sampai tahap dah nak kena potong kaki, agak terlambat la...

COD : Area Skudai, UTM, Johor Bahru, Pekan Nenas, Pontian, Pasir Gudang, Gelang Patah dan kawasan berhampiran.

Courier : Seluruh negeri semenanjung dan sabah sarawak.


Whatapp segera : 012-9555602  Ieda Fareeda


Read more
Tuesday 12 January 2016
APA PERSEDIAAN KITA SEBELUM MATI? APA YANG AKAN KITA WARISKAN UNTUK KELUARGA TERSAYANG? HUTANG?? AGEN TAKAFUL SKUDAI,JOHOR BAHRU, JOHOR.

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirkanrahmanirrahim.. As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat-sahabat serta pembaca blog ini yang saya sayangi sekalian. Dalam kesibukan seharian, kadang kala kita terlupa untuk menyiapkan diri kita dengan persediaan menghadapi kematian. Pertanyaan2 berikut perlu di ambil kira :

1. Sudahkah kita bertaubat atas segala dosa kita yang lalu?
2. Cukupkah amal ibadah kita seperti solat, puasa, zakat. Sekiranya cukup, adakah amalan kita itu benar-benar di terima?
3. Berapa banyakkah hutang-hutang yang bakal kita tinggalkan?
4. Sudah cukupkah amalan sedekah jariah kita?
5. Berapa banyakkah ilmu yang kita telah pelajari dan amalkan?
6. Anak2 yang kita tinggalkan. Bagaimana mereka? cukup didikan agama nya?
7. Memaafkan orang dan di maafkan?

Saya ingin mengulas sedikit bekenaan Berapa banyakkah hutang-hutang yang kita tinggalkan? Adakah waris yang kita tinggalkan dapat melunaskan segala hutang-hutang kita itu? 
Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : 
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(HR. Al-Tarmizi).


Maka, bagaimana cara untuk menyelesaikannya??

Sekali lagi, tanya diri Anda soalan ini, 

"Apa yang aku tinggalkan untuk keluarga setelah ketiadaan aku?" : 
• Wang Simpanan? Pelaburan? Saham? 
• Rumah Banglo? Apartment? Kondo? 
• Tanah Pusaka? Jongkong Emas? 
• Syarikat dengan Aset Jutaan Ringgit? 

"ATAU AKU HANYA MENINGGALKAN HUTANG UNTUK MEREKA SELESAIKAN ??"

Oleh itu, di sini pentingnya pelaburan dalam skim perlindungan takaful yang berlandaskan syariah dan halal untuk diguna pakai.




"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Baqarah : Ayat 240 

Anda boleh berhubung dengan agen Takaful yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma iaitu Muhamad Izwan di talian 012-7653440 atau 012-9555602 (secara whatapp atau call).




Read more

Popular Posts