Open top menu
Tuesday 12 January 2016

A'uzubillahi Minash Shaitan Nir Rajeem..Bismillahirkanrahmanirrahim.. As-salamu alaykum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sahabat-sahabat serta pembaca blog ini yang saya sayangi sekalian. Dalam kesibukan seharian, kadang kala kita terlupa untuk menyiapkan diri kita dengan persediaan menghadapi kematian. Pertanyaan2 berikut perlu di ambil kira :

1. Sudahkah kita bertaubat atas segala dosa kita yang lalu?
2. Cukupkah amal ibadah kita seperti solat, puasa, zakat. Sekiranya cukup, adakah amalan kita itu benar-benar di terima?
3. Berapa banyakkah hutang-hutang yang bakal kita tinggalkan?
4. Sudah cukupkah amalan sedekah jariah kita?
5. Berapa banyakkah ilmu yang kita telah pelajari dan amalkan?
6. Anak2 yang kita tinggalkan. Bagaimana mereka? cukup didikan agama nya?
7. Memaafkan orang dan di maafkan?

Saya ingin mengulas sedikit bekenaan Berapa banyakkah hutang-hutang yang kita tinggalkan? Adakah waris yang kita tinggalkan dapat melunaskan segala hutang-hutang kita itu? 
Roh seorang Mukmin yang beriman atau pun roh seorang syuhada akan tergantung diantara langit dan bumi kerana hutangnya yg belum diselesaikan. Jangan tangguh-tangguh untuk membayar hutang. Apabila mempunyai wang yang cukup terus membayarnya.
Salah satu perkara yang sangat menakutkan apabila hutang itu tidak dapat diselesaikan ialah bilamana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggung jawab untuk menyelesaikan hutang si mati di mana mengikut hadis org yg mati sedangkan ia masih berhutang maka rohnya terapung-apung dilangit dan semua amalannya tergantung.

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : 
"Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.''(HR. Al-Tarmizi).


Maka, bagaimana cara untuk menyelesaikannya??

Sekali lagi, tanya diri Anda soalan ini, 

"Apa yang aku tinggalkan untuk keluarga setelah ketiadaan aku?" : 
• Wang Simpanan? Pelaburan? Saham? 
• Rumah Banglo? Apartment? Kondo? 
• Tanah Pusaka? Jongkong Emas? 
• Syarikat dengan Aset Jutaan Ringgit? 

"ATAU AKU HANYA MENINGGALKAN HUTANG UNTUK MEREKA SELESAIKAN ??"

Oleh itu, di sini pentingnya pelaburan dalam skim perlindungan takaful yang berlandaskan syariah dan halal untuk diguna pakai.




"Dan Orang-orang yang (hampir) Mati Di Antara Kamu Serta Meninggalkan Isteri, Hendaklah Berwasiat Untuk Isteri-isterinya (iaitu) Diberi Nafkah (Makan, Pakai dan Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya, Dengan Tidak Disuruh Berpindah (Dari Tempat Tinggal) Sehingga Setahun Lamanya. Kemudian Jika Mereka Keluar (Dari Tempat Tinggalnya Dengan Kehendaknya Sendiri) Maka Tidak Ada Dosa Bagimu (Wali atau Waris Dari yang Meninggal) Membiarkan Mereka Berbuat yang Makruf Terhadap Diri Mereka. Dan (Ingatlah), Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana." Surah Al-Baqarah : Ayat 240 

Anda boleh berhubung dengan agen Takaful yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma iaitu Muhamad Izwan di talian 012-7653440 atau 012-9555602 (secara whatapp atau call).




Tagged
Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

2 comments:

Popular Posts