Open top menu
Friday 25 December 2015

CARA TERMUDAH TAMPAL LENCANA SEKOLAH ANAK. TAK PERLU JAHIT

Assalamualaikum,

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca ruangan ini. Sedar tak sedar cuti sekolah dah nak sampai penghujungnya.. Yang paling sibuk siapkan kelangkapan sekolah tentulah ibu kan.. Banyak perkara nak kena buat. Balut buku sekolah. Jahit lencana sekolah. 

Jahit lencana nila satu perkara yang saya paling tak suka. Setiap kali jahit, senget dan tak kemas. Sudahnya hantar ke tukang jahit. Upah 1 lencana RM2. kalau 6 pasang baju? Banyak jugak kosnya. Nak mencari tukang jahit lagi. 

Baru-baru ni saya terima satu whatapp berkenaan cara mudah tampal lencana sekolah anak yang tak perlu jahit. Perkongsian dari Puan Akmar Laily Omar di facebook. Jom baca cara nya.




Bahan yang diperlukan :

Gam UHU
kain kecil/sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah :

1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana. Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang ditetapkan
5. Ambil kain basah tadi dan letak di atas lencana
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. Ketika ini seterika mungkin berasap tindakbalas menggososk kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang 3 minit berbanding menjahit lencana mungkin mengambil masa 15-20 minit untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih dari 10 bulan walaupun di basuh dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali. 

Selamat mencuba!

Salam sayang
ieda fareeda
012-9555602
Tagged
Different Themes
Faridah Ahmad Menulis

Saya Faridah bt Ahmad, pengedar sah SHAKLEE anda no. ID 929771. Jom CANTIK dan SIHAT bersama Shaklee (Selamat Mesra Alam dan Berkesan) bukan hanya sekadar MENJUAL SUPPLEMENT SHAKLEE tetapi berkongsi ilmu mengenai KEBAIKAN SUPPLEMENT SEMULAJADI.

5 comments:

Popular Posts